Tidak bolehkah mereka bawa sampah mereka sehingga ke sini?” saya bersungut kepada Jay sementara memungut botol-botol dari pantai dan memasukkan ke dalam tong sampah yang terletak lebih kurang sejauh 6 meter. “Adakah mereka berasa selesa setelah mengotorkan pantai dan orang lain terpaksa menanggungnya? Saya berharap orang yang mengotorkan pantai ialah para pelancong, kerana saya tidak berharap bahawa sesiapa orang tempatan mengunjungi pantai ini dengan sikap tidak hormat.”
Pada keesokan hari, saya terbaca sebuah doa yang saya tuliskan beberapa tahun yang lalu mengenai menghakimi orang lain. Kata-kata saya sendiri mengingatkan bahawa saya memang bersalah kerana berasa megah ketika membersihkan sampah-sarap orang lain. Sebenarnya, saya sendiri mempunyai banyak kotoran yang saya abaikan—terutamanya dari segi rohani.
Dengan cepat saya mendakwa bahawa hidup saya adalah tidak teratur kerana orang lain terus-menerus mengucar-ngacirkannya. Saya juga cepat menyimpulkan bahawa “sampah-sarap” orang lain yang menjadikan suasana di sekeliling saya berbau busuk, walaupun sebenarnya itu “sampah-sarap” saya sendiri. Tetapi semua kenyataan itu tidak benar. Tiada apa-apa dari luar yang boleh mencemarkan saya—hanya apa yang terdapat di dalam diri saya yang boleh mencemarkan saya (Matius 15:19-20). Sampah-sarap yang sebenar adalah serupa dengan sikap saya yang menutup hidung terhadap bau busuk yang tidak kuat dan terhasil daripada dosa orang lain, tetapi kita menafikan “bau busuk” diri sendiri—yakni dosa sendiri.
Bukalah mataku untuk melihat kerosakan yang terjadi pada ciptaan semula jadi dan rohani-Muakibat megah diri. Semoga aku tidak turut serta dalam hal itu.
Kongsikan doa ini dengan sahabat-sahabat anda dari laman Facebook kami: http://goo.gl/FFCb71
kita melihat dosa orang lain
tetapi tidak melihat dosa diri sendiri.