Roger telah melalui banyak penderitaan. Dia telah menjalani pembedahan jantung terbuka untuk membaiki satu injap bocor. Kemudian, dalam tempoh hanya beberapa minggu, doktor terpaksa melakukan pembedahan sekali lagi kerana komplikasi. Dia baru sahaja sembuh melalui terapi fizikal, namun dia mengalami kemalangan ketika menunggang basikal dan tulang selangkanya patah. Tambahan lagi, Roger mengalami kesedihan hati atas kematian ibunya pada masa itu. Dia menjadi amat tawar hati. Apabila seorang kawan bertanya sama ada dia telah melihat Tuhan bekerja dalam apa pun cara yang kecil dalam hidupnya, dia mengakui bahawa dia benar-benar tidak merasakan hal itu.
Saya menghargai kejujuran Roger. Perasaan tawar hati atau keraguan juga sebahagian daripada kehidupan saya. Dalam kitab Roma, rasul Paulus berkata, “Kita juga membanggakan … kerana kita tahu bahawa penderitaan menghasilkan ketekunan. Ketekunan menyebabkan kita diperkenankan oleh Allah. Oleh itu kita mempunyai harapan” (5:3-4). Tetapi hal itu tidak bermakna kita sentiasa merasakan kegembiraan. Kita mungkin hanya perlu seseorang duduk dan mendengar kita mencurahkan hati kita kepada mereka, dan bercakap dengan Tuhan. Kadang-kadang kita perlu mengimbas kembali keadaan sebelum kita melihat bagaimana iman kita telah bertumbuh semasa melalui ujian dan keraguan.
Kerana mengetahui bahawa Tuhan ingin memakai kesukaran untuk meneguhkan iman kita, hal ini dapat menolong kita mempercayai hati-Nya yang baik terhadap kita.
Adakah anda belajar untuk lebih mempercayai Dia?