Pada akhir 1800-an dan awal 1900-an, pandangan yang biasa menyambut kapal-kapal laut sementara masuk ke pelabuhan Savannah, Georgia, Amerika Syarikat. Pandangan itu ialah Florence Martus, “The Waving Girl” (Gadis yang melambai). Selama 44 tahun, Florence menyambut kapal-kapal besar dari seluruh dunia, melambai sehelai sapu tangan pada siang hari atau sebuah lantera pada waktu malam. Pada masa ini, sebuah patung Florence dan anjingnya yang setia berdiri di Morrell Park Savannah, tetap menyambut kapal-kapal yang datang berlabuh.

Ada sesuatu dalam sambutan hangat yang menyatakan penerimaan. Dalam Roma 15:7, Paulus menggesa pembacanya: “Sebagaimana Kristus sudah menyambut kamu, sambutlah satu sama lain”. Paulus memikirkan layanan kita kepada satu sama lain sebagai pengikut Kristus, dalam ayat 5-6 dia mencabar kita untuk hidup rukun dengan satu sama lain. Perkara utama adalah “bersabar dan berteguh hati, membolehkan kamu hidup seia sekata menurut teladan Kristus Yesus. Dengan demikian kamu semua sama-sama dapat memuji Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus.”

Penerimaan kita akan sesama orang percaya dalam Kristus menunjukkan lebih daripada kasih kita kepada satu sama lain—ia menggambarkan kasih yang besar daripada Dia yang tetap menyambut kita ke dalam keluarga-Nya.