Ketika anak-anak kami masih kecil, kami pergi ke utara Wisconsin untuk melawat datuk dan nenek saya. Mereka tidak mendapat penerimaan televisyen yang baik, tetapi TV bukan keutamaan mereka. Selepas saya telah melihat anak kami Scott main-main dengan peti TV untuk seketika, dia bertanya dengan kecewa, “Apa yang kita lakukan jika kita boleh mendapat satu saluran saja dan kita tidak suka pada saluran itu?”
“Cuba tutup saja,” kata saya sambil tersenyum. Itu bukan nasihat yang diharapkannya. Ini lebih sukar dilakukan sekarang, terutamanya apabila terdapat banyak peralatan yang menghibur, memaklumkan, dan mengalihkan perhatian kita.
Kadang-kadang kita hanya perlu mematikan semuanya dan merehatkan minda kita untuk seketika; kita hanya perlu “mencabutkan palam.” Yesus sering memencilkan diri untuk beberapa waktu—terutamanya apabila Dia ingin berdoa (Matius 14:13). Dia juga menggalakkan para pengikut-Nya untuk berehat—walaupun untuk sekejap sahaja (Markus 6:31). Masa rehat yang bersendirian dan masa renungan seperti ini boleh memberikan manfaat kepada setiap kita. Pada saat-saat seperti itu kita dapat mendekati Tuhan.
Ikutlah teladan dan kebijaksanaan Kristus. Pergilah bersendiri dan “berehat seketika.” Ia baik untuk badan, fikiran, dan semangat anda.
Aku mahu tutup semua perkara yang mengalihkan perhatianku dan mendekati Engkau.
Kongsikan doa ini melalui laman Facebook kami, https://goo.gl/0IzvdX dengan rakan-rakan anda.
agar anda boleh mendengar Tuhan dengan teliti.