Seekor labah-labah hutan yang membawa maut telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan mula membunuh orang.” Inilah cerita yang dikirim kepada saya dan orang lain dalam senarai e-mel rakan saya. Cerita ini kedengarannya boleh dipercayai, disertai dengan banyak nama saintifik dan situasi kehidupan sebenar. Namun apabila saya memeriksanya di laman web yang boleh dipercayai, saya mendapati cerita itu tidak benar—ia adalah satu penipuan Internet. Kebenarannya hanya dapat disahkan dengan merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai.
Sekumpulan orang percaya abad pertama yang tinggal di Makedonia memahami kepentingan untuk memastikan ajaran yang didengar. Orang di Berea “suka sekali mendengar perkhabaran tentang Yesus, dan tiap-tiap hari mereka mengkaji Alkitab untuk mengetahui sama ada ajaran Paulus itu benar” (Kisah Rasul-Rasul 17:11). Mereka mendengar Paulus, dan mahu memastikan agar apa yang dikatakannya sesuai dengan ajaran Perjanjian Lama. Mungkin dia telah memberitahu mereka bahawa terdapat keterangan dalam Perjanjian Lama bahawa Mesias akan menderita dan mati kerana dosa. Mereka perlu mengesahkannya dengan sumber tersebut.
Apabila kita mendengar idea atau ajaran kerohanian yang mengganggu kita, kita perlu berhati-hati. Kita sendiri boleh mengkaji Kitab Suci, mendengar pada sumber yang boleh dipercayai, dan mendapatkan hikmat daripada Yesus, Tuhan kita.