Sementara saya duduk di dalam kereta api menuju ke janji temu penting, saya mula tertanya-tanya jika saya berada di dalam kereta api yang betul. Saya tidak pernah melalui jalan itu sebelum ini dan tidak mendapatkan bantuan. Akhirnya, apabila dikuasai ketidakpastian dan keraguan, saya keluar di stesen yang di hadapan—lalu dimaklumkan bahawa saya sememangnya berada di dalam kereta api yang betul!

Kejadian itu mengingatkan saya bagaimana keraguan boleh merampas kedamaian dan keyakinan kita. Pada suatu ketika saya telah berasa ragu-ragu dengan kepastian penyelamatan saya, tetapi Tuhan menolong saya menangani keraguan saya itu. Kemudian, selepas berkongsi kisah pertaubatan dan keyakinan saya bahawa saya akan pergi ke syurga, seseorang bertanya, “Bagaimana anda yakin bahawa anda selamat dan pergi ke syurga?” Saya yakin tetapi dengan rendah hati menunjukkan ayat yang digunakan oleh Tuhan untuk menolong saya: “Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Allah, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal” (1 Yohanes 5:13).

Tuhan berjanji bahawa melalui iman dalam Anak-Nya, Yesus, kita sudah mempunyai hidup sejati dan kekal: “Allah sudah memberi kita hidup sejati dan kekal, dan hidup itu berasal daripada Anak-Nya” (ayat 11). Jaminan ini menajamkan iman kita, menghibur kita ketika kita bersedih hati, dan memberi kita keberanian pada masa-masa keraguan.