Pernahkah anda merasakan bahawa hidup anda telah hancur akibat melakukan perbuatan yang memalukan, mengaibkan ataupun jenayah—tetapi bangun dan menyedari bahawa ia hanya suatu mimpi? Tetapi bagaimana jika ia bukan sekadar suatu mimpi ngeri? Bagaimana sekiranya semua keadaan itu nyata—sama ada untuk dirimu sendiri atau seseorang yang anda kasihi?

Inilah keadaan yang dihadapi dalam novel karangan George MacDonald pada abad ke-19 bertajuk The Curate’s Awakening. Ia adalah kisah seorang pastor paroki yang mendapati bahawa dia telah bercakap bagi pihak Tuhan yang dia sendiri tidak pasti dia percaya. Kemudian, dia dipanggil ke sisi tempat tidur seorang pemuda yang hampir hilang akal dan hampir mati, kerana dihantui oleh pembunuhan yang dilakukannya.

Seterusnya dalam perjuangan yang menyayat hati pemuda ini, pastor itu menemui apa yang kita semua perlu lihat. Kelegaan yang dirasakan selepas terjaga dari mimpi buruk, tidak dapat dibandingkan dengan bangun dan mendapat pengampunan Tuhan yang nyata, sesuatu yang dahulunya kita fikir ia mustahil berlaku.

Di mana kita dapat menemukan anugerah yang kita perlukan? Ia didapati dalam Yesus, Dia yang dari salib-Nya berkata kepada seorang penjenayah yang hampir mati, yang berpaling kepada-Nya memohon pertolongan, “Pada hari ini kamu akan bersama-sama Aku di Firdaus” (Lukas 23:43).