“Dia fikir dia benar-benar hebat!” Itulah penilaian rakan saya terhadap seorang rakan Kristian yang kami kenal. Kami fikir kami melihat di dalam rakan Kristian itu ada roh keangkuhan. Kami sedih apabila kami mengetahui tidak lama kemudian dia terperangkap dalam beberapa salah laku yang serius. Dengan meninggikan dirinya, dia tidak mendapat apa-apa kecuali masalah. Kami menyedari bahawa hal itu juga boleh berlaku kepada kami.

Ia begitu mudah meremehkan dosa keanguhan di dalam hati kita sendiri. Semakin kita berpengetahuan dan semakin kita menikmati kejayaan, semakin besar kemungkinan kita menganggap diri kita “benar-benar hebat.” Keangkuhan betul-betul berada di dalam sifat kita.

Dalam Alkitab, Ezra digambarkan sebagai “seorang yang terpelajar dan sangat mahir dalam Taurat “ (Ezra 7:6). Raja Artahsasta melantik dia untuk memimpin rombongan orang Yahudi dalam pembuangan yang kembali ke Yerusalem. Ezra boleh menjadi calon utama untuk tunduk kepada dosa keangkuhan. Namun dia tidak tunduk. Ezra tidak hanya mengetahui hukum Tuhan; dia melakukannya.

Selepas Ezra tiba di Yerusalem, dia mengetahui bahawa orang lelaki Yahudi telah berkahwin dengan wanita yang beribadah kepada tuhan-tuhan lain dan melanggar hukum Tuhan yang jelas (9:1-2). Dia mengoyakkan pakaiannya dalam kesedihan dan berdoa dengan pertaubatan tulus (ayat 5-15). Matlamat yang lebih tinggi memimpin pengetahuan dan kedudukan Ezra: kasihnya kepada Tuhan dan umat-Nya. Lalu dia berdoa: “Kami mengakui dosa kami. Kami tidak layak menghadap hadirat-Mu” (ayat 15).

Ezra memahami apa yang dirangkumi dosa-dosa mereka. Tetapi dengan rendah hati dia bertaubat dan percaya kepada kebaikan Tuhan kita yang mengampuni orang.