Pulau Charity merupakan pulau terbesar di Teluk Saginaw dalam Tasik Huron di Perairan Michigan. Selama beberapa tahun, pulau ini telah membekalkan rumah api yang memberikan bantuan kepada para pelayar dan pelabuhan yang selamat kepada sesiapa yang belayar di perairan ini. Pulau ini mendapat namanya kerana para pelayar percaya bahawa kewujudan pulau ini disebabkan oleh “kebaikan Tuhan,” maka ia dinamakan “Charity” (Kebaikan).

Kadangkala, kita perlu belayar dalam pelbagai gelora permasalahan dalam hidup ini. Seperti para pelayar, kita memerlukan panduan arah, tempat yang selamat dan berharap kita juga mempunyai Pulau Charity. Pemazmur mengerti hanya Tuhan yang dapat meredakan laut yang bergelora dan memimpin kita ke pelabuhan yang selamat. Dia menulis, “Dia meneduhkan angin ribut, dan ombak pun menjadi tenang. Mereka bersukacita kerana ketenangan itu, dan Dia memimpin mereka ke pelabuhan yang dituju” (Mazmur 107:29-30).

Walaupun tiada sesiapa yang meminta untuk mengalami badai kehidupan, semua itu dapat menggandakan penghargaan kita terhadap panduan hidup dan perlindungan yang dibekalkan oleh Tuhan. Dia menawarkan cahaya Roh dan firman-Nya untuk memimpin kita. Kita akan ingin sekali menuju ke pelabuhan kasih-Nya yang selamat. Dia sahaja yang dapat menjadi “Pulau Charity” kita yang terunggul.