Pada masa lampau, sebelum penciptaan cermin atau permukaan berkilat, orang jarang sekali dapat melihat wajah sendiri. Tompokan air, arus sungai dan sungai merupakan beberapa cara sahaja yang digunakan supaya orang dapat melihat pantulan mereka sendiri. Namun semua itu diubah oleh cermin. Penciptaan kamera juga meningkatkan pemerhatian kita terhadap penampilan sendiri ke tahap yang baru. Kita sekarang boleh mempunyai imej-imej kita dari mana-mana titik masa di sepanjang hidup kita. Foto-foto ini sangat baik untuk membuat buku skrap dan menyimpan sejarah keluarga, tetapi ia juga dapat membantutkan pertumbuhan kerohanian kita. Ketika kita seronok untuk melihat imej diri dalam kamera, ini dapat menyebabkan kita memfokuskan penampilan luaran dan mengabaikan untuk memeriksa keadaan dalaman kita.
Pemeriksaan diri sangat penting untuk memiliki kehidupan rohani yang sihat. Tuhan mahu kita memeriksa diri sendiri supaya kita dapat menghindari akibat-akibat buruk daripada pilihan-pilihan kita yang berdosa. Hal ini sangat penting kerana firman Tuhan menegaskan bahawa kita tidak boleh mengambil perjamuan kudus sebelum memeriksa diri (1 Korintus 11:28). Maksudnya pemeriksaan diri ini bukan hanya membetulkan hubungan kita dengan Tuhan, tetapi juga memastikan hubungan kita dengan orang lain adalah baik. Perjamuan Kudus merupakan peringatan terhadap tubuh Kristus dan kita tidak dapat merayakannya dengan baik dan sempurna sekiranya kita tidak hidup harmoni dengan orang percaya yang lain.
Kesedaran dan pengakuan dosa akan mendorong ktia hidup bersatu dengan orang lain dan mengadakan hubungan yang sihat dengan Tuhan.