Penduduk di Fort Bragg, California, pada awal kurun ke-20, telah menghapuskan sampah-sarap mereka dengan membuang sampah tersebut dari sebuah tebing tinggi ke arah pantai berhampiran. Tin, botol, peralatan dapur serta sisa-sisa rumah telah terkumpul dalam longgokan besar yang amat menjijikkan. Walaupun para penduduk akhirnya berhenti membuang sampah di pantai itu, longgokan tersebut masih menjadi sesuatu yang memalukan—sebuah tempat pembuangan sampah yang nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi.
Walau bagaimanapun, setelah bertahun-tahun berlalu, pukulan ombak laut telah memecahkan kaca serta tembikar lalu menghanyutkan sampah-sarap ini ke arah laut. Ombak kuat menghancurkan serpihan kaca ke dalam pasir di dasar laut, menjadikannya kelihatan halus dan berkilat di permukaan pasir, menyerupai “kaca lautan,” lalu menghanyutkannya kembali ke pantai. Ombak tersebut menciptakan Pantai Kaca yang cantik seperti kaleidoskop yang berwarna-warni dan kecantikan ini mengagumkan para pelawat yang datang ke Pantai Kaca sekarang.
Mungkin anda berasa bahawa kehidupan anda seperti longgokan sampah—keadaan bercelaru yang seolah-olah tiada harapan. Jika ya, anda harus tahu bahawa terdapat seseorang yang mengasihi dan menunggu untuk menebus serta menuntut anda kembali. Berikan hati anda kepada Yesus dan mintalah Dia menjadikan anda kudus dan suci. Dia akan membentuk anda, walaupun masa akan diperlukan untuk memperhalus gerigis-gerigis anda yang kasar. Namun Dia tidak pernah berputus asa terhadap anda. Dia akan menjadikan anda permata indah-Nya!
sehingga Dia tidak membiarkan kita terus kekal sama.