Mencuba untuk sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa mempunyai keburukannya kerana berita buruk lebih laris daripada berita baik. Sangat mudah untuk terlalu mengambil kisah tentang perbuatan jahat seseorang individu, kumpulan atau kerajaan yang kita tidak mempunyai kawalan atas mereka.

Mazmur 37 memberi sudut pandangan kepada berita harian sebegini. Daud memulakan kata-katanya seperti ini “Jangan geram kerana orang jahat” (ayat 1). Lalu dia memberi beberapa cara untuk tidak menjadi terlalu cemas. Daud mencadangkan cara pemikiran yang lebih baik terhadap berita buruk di dunia kita.

Apakah akan berlaku sekiranya kita memilih untuk percaya kepada Tuhan dan bukannya berasa risau tentang hal-hal di luar kawalan kita? (ayat 3). Bukankah lebih baik untuk kita mencari “kebahagiaan yang datang daripada TUHAN” (ayat 4) daripada asyik berasa risau yang keterlaluan? Bayangkan kebebasan daripada kerisauan yang dapat kita alami sekiranya kita menyerahkan “hidup [kita] kepada TUHAN” (ayat 5). Fikirkan betapa indahnya kita boleh bertenang sekiranya kita belajar untuk menantikan “TUHAN dengan hati yang tenang, tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak” (ayat 7).

Berita buruk yang tidak dapat kita ubah memberi peluang kepada kita untuk meletakkan had pada kerisauan kita. Apabila kita percaya kepada Tuhan, dan menyerahkan jalan kita kepada-Nya serta bertenang di dalam-Nya, pandangan kita akan menjadi lebih cerah. Cabaran serta dugaan mungkin tetap ada, tetapi kita akan menyedari bahawa Dia memberi ketenangan-Nya kepada kita semasa menghadapi setiap dugaan tersebut.