Saya amat kagum dengan cerita Perang Dunia Kedua tentang anjing paracut (paradogs atau anjing penyelamat). Dalam persediaan D-Day (6 Jun 1944, Pendaratan Normandy), pasukan Bersekutu memerlukan deria bau anjing yang tajam untuk menghidu periuk api lalu memberi amaran kepada pasukan tersebut tentang bahaya yang mungkin menimpa. Satu-satunya cara untuk menempatkan anjing-anjing ini di belakang pihak musuh adalah melalui payung terjun. Sememangnya anjing secara nalurinya takut untuk berbuat demikian—dan secara jujur, anjing-anjing ini tidak bersendirian. Namun demikian, selepas latihan selama berminggu-minggu, anjing-anjing telah belajar untuk percaya kepada tuan masing-masing dan akan terjun menurut arahan.

Saya tertanya-tanya jika setiap kita percaya sepenuhnya kepada Tuan sehingga kita berani melakukan hal-hal yang mungkin kita takut untuk lakukan, jika mengikut naluri. Kita mungkin tidak bermurah hati pada asalnya atau tidak mudah mengampuni serta kurang sabar dengan orang yang tidak menyenangkan kita. Namun Yesus memerintah kita supaya percaya kepada-Nya, agar kita berani melaksanakan hal-hal yang mungkin susah tetapi ia adalah perkara yang dapat meluaskan kerajaan-Nya. Sehingga kita dapat berkata, “ … kerana aku berharap kepada-Mu … tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh” (Mazmur 143:8).

Anjing penyelamat selalu menerima pingat keberanian. Saya percaya kita juga akan mendengar, “Bagus, kamu hamba yang baik” pada suatu hari nanti kerana kita percaya kepada Tuan kita serta mematuhi arahan-Nya yang meminta kita, “Terjun!”