Pada waktu kecil, saya menghantar surat khabar untuk mendapatkan duit. Oleh sebab ia adalah akhbar siang, saya mesti bangun pada pukul 3:00 pagi setiap hari, 7 hari seminggu, supaya kesemua 140 surat khabar siap dihantar ke setiap rumah sebelum jam 6:00 pagi.

Namun ada satu hari adalah berbeza pada setiap tahun. Kami akan menghantar surat khabar untuk pagi hari Krismas pada 24 Disember, satu hari sebelum Krismas—maksudnya hanya pada pagi Krismas saya boleh tidur dan rehat, seperti orang biasa.

Selepas bertahun-tahun berlalu, saya mula menghargai Krismas untuk banyak sebab, tetapi satu sebab yang istimewa ialah kerana ia adalah hari untuk berehat, tidak seperti hari-hari yang lain.

Pada masa itu, saya tidak memahami sepenuhnya tentang maksud sebenar Krismas. Kristus telah datang supaya semua orang yang berbeban berat dapat berehat melalui pengampunan yang diberikan Kristus. Yesus berkata, “Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu” (Matius 11:28).

Di dunia yang tidak dapat kita tanggung beban sendirian, Kristus telah datang untuk membawa kita mendekati-Nya dalam perhubungan dengan-Nya dan Dia akan memberikan kita ketenangan.