Menjelang Krismas pertama selepas suaminya meninggal dunia, sahabat kami, Davidene telah menulis satu surat yang menarik untuk membayangkan keadaan di syurga semasa Yesus dilahirkan di bumi. “Sememangnya Tuhan sudah tahu bahawa hal ini akan berlaku,” dia menulis. “Bapa, Anak, dan Roh Allah ialah Tritunggal, tetapi Dia membenarkan kesatuan yang amat berharga ini terpecah demi umat manusia. Syurga dibiarkan kosong dengan ketiadaan Anak Tuhan.”

Semasa Yesus mengajar dan menyembuhkan orang di bumi, Dia berkata, “Aku sudah turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendak-Ku sendiri, tetapi kehendak Dia yang mengutus Aku … Memang inilah kehendak Bapa-Ku: Semua orang yang melihat Anak lalu percaya kepada-Nya akan beroleh hidup sejati dan kekal, dan Aku akan membangkitkan mereka pada Hari Kiamat” (Yohanes 6:38,40).

Apabila Yesus dilahirkan di Betlehem, ia adalah permulaan misi-Nya di bumi ini untuk menunjukkan kasih Tuhan dengan memberi nyawa-Nya di kayu salib agar kita dibebaskan daripada hukuman dosa.

“Saya tidak dapat membayangkan demi orang lain, saya boleh memilih untuk melepaskan orang kesayangan saya yang sudah bersatu dengan saya,” Davidene merumuskan. “Namun Tuhan telah berbuat demikian. Dia mendiami di dalam rumah yang jauh lebih sepi daripada saya, agar saya dapat tinggal bersama dengan-Nya di dalam rumah-Nya, selama-lamanya.”

“Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal” (Yohanes 3:16).