Menara jam di Westminster, London yang mengandungi loceng yang dikenali sebagai Big Ben, adalah satu tanda tempat ikonik di London, England. Mengikut tradisi, melodi menara loceng itu diambil daripada lagu Messiah, “Sungguh Hidup Penebusku” (“I Know That My Redeemer Liveth”), lagu gubahan Handel. Kata-kata lagu itu ditambah kemudian dan dipamerkan di ruang jam:

Ya Tuhan, Engkau memimpin kami pada saat ini;

Agar melalui kuasa-Mu tiada kaki akan tergelincir.

Kata-kata ini menggambarkan Mazmur 37: “TUHAN memimpin orang ke jalan yang harus ditempuhnya dan melindungi orang yang diperkenan-Nya. Jika orang itu jatuh, dia tidak akan cedera, kerana TUHAN memegang tangannya” (ayat 23-24). Perhatikan Tuhan sendiri melibatkan dalam pengalaman hidup anak-anak-Nya: “TUHAN memimpin orang ke jalan yang harus ditempuhnya” (ayat 23). Ayat 31 menambah, “Mereka menyimpan Taurat Allah dalam hati dan tidak menyimpang daripadanya.”

Sungguh luar biasa! Pencipta alam semesta bukan sahaja mendukung kita dan membantu kita, tetapi Dia juga sangat memerhatikan setiap saat kehidupan kita. Tidak hairanlah Rasul Petrus dapat menjemput kita dengan yakin untuk “serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu” (1 Petrus 5:7). Oleh sebab jaminan keprihatinan-Nya yang berdering di dalam hati kita, kita mendapat keberanian untuk menghadapi apa pun yang datang di hadapan kita.