Apabila anak perempuan saya menerangkan masalah yang dihadapinya ketika dia makan tengah hari di sekolahnya, saya terus tertanya-tanya bagaimana saya boleh menyelesaikan isu itu untuknya. Tetapi saya berubah fikiran. Mungkin Tuhan telah mengizinkan masalah ini supaya dia boleh melihat Tuhan sedang bekerja dan lebih mengenali-Nya lagi. Maka saya membuat keputusan untuk berdoa dengan anak saya, bukan berlari ke sisinya untuk menyelamatkannya. Kemudian masalah itu diselesaikan tanpa apa-apa bantuan daripada saya!
Keadaan ini menunjukkan kepada anak perempuan saya bahawa Tuhan mempeduli-kannya, Dia mendengar ketika anak saya berdoa, dan Dia menjawab doa. Alkitab mengatakan terdapat sesuatu yang penting untuk mempelajari pelajaran ini dari peringkat awal dalam kehidupan. Jika kita “ajarilah anak cara hidup yang betul, maka sampai tua pun dia akan hidup demikian” (Amsal 22:6). Apabila kita mula mengajar kanak-kanak tentang Yesus dan kuasa-Nya, kita memberi mereka tempat untuk kembali kepada Tuhan jika mereka tersesat, dan dasar bagi pertumbuhan rohani sepanjang hayat mereka.
Pertimbangkan bagaimana anda boleh memupuk kepercayaan ini kepada kanak-kanak. Tunjukkan penciptaan Tuhan dalam alam semula jadi, ceritakan bagaimana Tuhan telah membantu anda sepanjang masa ini, atau mengajak seorang anak bersyukur kepada Tuhan bersama anda bagi segala sesuatu yang berlaku dalam kehidupan. Tuhan boleh bekerja melalui anda untuk menceritakan kebaikan-Nya kepada semua generasi.
dengan hidup bagi Kristus pada hari ini.