Ibu saya mengajar sekolah minggu selama beberapa dekad. Suatu minggu dia ingin menjelaskan bagaimana Tuhan membekalkan makanan kepada orang Israel di padang gurun. Untuk menghidupkan cerita itu, dia mencipta sesuatu untuk mewakili “manna” untuk kanak-kanak di kelasnya. Dia memotong roti dalam kepingan kecil dan meletakkan madu di atasnya. Resipinya telah diilhamkan melalui keterangan Alkitab tentang manna yang mengatakan “rasanya seperti biskut yang dibuat dengan madu” (Keluaran 16:31).

Apabila orang Israel pertama kali menemui roti Tuhan dari langit, ia muncul di atas tanah di luar khemah-khemah mereka seperti embun yang beku. “Apabila orang Israel melihatnya … Mereka bertanya satu sama lain, ‘Apakah benda ini?’” (ayat 15). Perkataan Ibrani man bermaksud “apa,” jadi mereka memanggilnya manna. Mereka mendapati ia boleh dikisar dan membuatnya menjadi roti, atau memasaknya dalam periuk (Bilangan 11:7-8). Tidak kira apa pun manna, ia mempunyai ketibaann yang menghairankan (Keluaran 16:4,14), konsisten yang unik (ayat 14), dan tarikh luput yang singkat (ayat 19-20).

Kadang-kadang Tuhan membekalkan kita dengan cara yang mengejutkan. Ini mengingatkan kita bahawa Dia tidak terikat oleh jangkaan kita, dan kita tidak boleh meramalkan tindakan yang Dia akan pilih. Sementara kita menunggu, tumpukan kepada siapa Dia dan bukannya apa yang Dia perlu lakukan. Ini akan menolong kita mendapat kegembiraan dan kepuasan dalam hubungan kita dengan-Nya.