Di kawasan perumahan saya, terdapat banyak tulisan keagamaan—pada plak, dinding, jenang pintu, kenderaan periklanan, mahupun nama berdaftar bagi sesetengah perniagaan. Inskripsi Dengan Rahmat Tuhan tertulis pada sebuah bas mini; Kedai Buku Rahmat Tuhan juga digunakan pada papan tanda perniagaan. Pada hari yang lalu, saya tersenyum pada satu inskripsi di sebuah kereta Mercedes Benz: Jangan Dekat—Malaikat berkawal!
Namun, tulisan keagamaan, baik pada plak dinding, barang kemas, mahupun kemeja-T tidak menunjukkan kasih seseorang terhadap Tuhan secara pasti. Bukan perkataan secara luaran yang diambil kira, tetapi kebenaran yang kita percayai secara dalaman yang menyatakan kerinduan kita untuk diubah oleh Tuhan.
Saya teringat akan satu rancangan yang ditaja oleh suatu pelayanan tempatan. Pelayanan ini mengagihkan kad-kad dengan ayat-ayat Alkitab yang tertulis pada kedua-dua belah kad itu yang membantu orang untuk mengingat firman Tuhan. Amalan sebegini adalah sesuai dengan arahan Musa kepada orang Israel apabila dia menyuruh mereka menulis hukum Tuhan “pada tiang pintu rumah dan pada pintu pagar kamu” (Ulangan 6:9). Kita haruslah menghargai firman Tuhan dalam hati kita (ayat 6), menegaskan dan mengajarkan hukum-hukum ini kepada anak-anak kita “semasa [kita] berpergian, semasa [kita] berehat ataupun semasa [kita] bekerja” (ayat 7).
Semoga iman kita sungguh-sungguh dan komitmen kita ikhlas, supaya kita dapat mengasihi Tuhan kita dengan segenap hati, jiwa dan kekuatan kita (ayat 5).
kehendak-Nya akan menjadi kehendak kita.