Saya seronok melihat cucu lelaki saya yang masih kecil bermain Bola-T dengan kawan-kawannya. Dengan bermain besbol cara ini, pemain yang baru sering berlari ke tempat yang salah atau tidak mengetahui perkara yang perlu dilakukan apabila mereka mendapat bola itu. Sekiranya ini suatu perlawanan besbol profesional, kesilapan ini tidak lagi lucu.
Semua itu ada kaitan dengan kematangan.
Tidak mengapa jika atlet muda untuk bergelut—tidak mengetahui perkara yang perlu dibuat atau tidak bermain dengan betul. Mereka masih mencuba dan berlatih. Maka kita melatih dan membimbing mereka menuju kematangan dengan sabar. Kemudian kita meraikan kejayaan mereka apabila mereka bermain dengan mahir sebagai satu pasukan.
Perkara yang hampir sama berlaku dalam kehidupan pengikut Yesus. Paulus menunjukkan bahawa gereja memerlukan orang yang “sabar, menunjukkan kasih mereka dengan saling membantu” (Efesus 4:2). Malahan kita juga memerlukan pelbagai “pelatih” (pastor, pengajar, pembimbing rohani) untuk membantu kita semua mara ke arah “menjadi satu oleh iman yang sama” apabila kita berusaha untuk “menjadi matang” (ayat 13).
Tujuan kita mendengar khutbah dan pengajaran serta menikmati kehidupan di gereja adalah bertumbuh dari segi kematangan dalam Kristus (ayat 15). Setiap kita berada dalam perjalanan ini, dan kita boleh saling mendorong dalam perjalanan menuju kematangan dalam Yesus.
apabila kita berjalan bersama-sama.