Banyak keluarga mempunyai resipi rahsia, cara tersendiri untuk memasak suatu lauk dan menjadikannya lebih enak. Sebagai orang Hakka (kumpulan etnik Cina saya), kami mempunyai satu hidangan tradisional yang dikenali sebagai manik sempoa, kerana hidangan ini kelihatan seperti manik. Anda mesti mencuba masakan ini!

Nescayalah nenek mempunyai resipi yang terbaik. Setiap kali pada jamuan makan malam keluarga kami pada Tahun Baru Cina, kami akan memberitahu diri sendiri, “Kami mesti belajar memasak masakan ini.” Namun, kami tidak pernah meminta tunjuk ajar daripada Nenek. Sekarang dia sudah meninggal dunia, demikian juga resipi rahsianya.

Kami merindui Nenek, dan kami berasa kesal kerana tidak belajar resipinya. Perkara akan menjadi jauh lebih tragis sekiranya kita gagal memelihara pusaka keimanan ini yang diturunkan kepada kita. Tuhan ingin setiap generasi berkongsi dengan generasi yang akan datang tentang perbuatan Tuhan yang hebat. “Perbuatan [Tuhan] akan dipuji orang dari satu generasi ke satu generasi,” kata pemazmur (Mazmur 145:4), menggema arahan Musa dahulu “ingatlah akan masa lampau, zaman dahulu kala; mintalah bapa kamu menceritakannya kepada kamu; mintalah orang tua-tua menceritakan kisah yang lalu” (Ulangan 32:7).

Apabila kita berkongsi cerita yang kita menerima penyelamatan dan perbuatan Tuhan yang membantu kita menghadapi cabaran dalam kehidupan, kita saling menggalakkan dan memuliakan-Nya. Dia menciptakan kita untuk menikmati hubungan kekeluargaan dan masyarakat, serta saling menguatkan iman.