Apabila Pastor Andrew Murray dari Afrika Selatan melawat England pada tahun 1895, dia mula mengalami kesakitan akibat kecederaan lama di belakang badannya. Dalam masa pemulihan, penjaganya memberitahu dia tentang seorang wanita yang berada dalam kesusahan dan meminta sebarang nasihatnya untuk wanita itu. Murray berkata, “Berikannya kertas ini yang saya tulis untuk [galakan] sendiri selama ini. Mungkin dia akan digalakkan melalui kertas ini.” Berikutlah yang ditulis oleh Murray:

“Pada masa kesusahan, katakan:

Pertama—Tuhan membawa saya ke sini. Inilah kehendak-Nya saya menghadapi kesusahan. Dengan ini saya tetap bertenang dalam-Nya.

Seterusnya—Dia akan memelihara saya dalam kasih-Nya dan memberikan saya rahmat dalam pencubaan ini untuk berperanan sebagai anak-Nya.

Kemudian—Dia akan menukarkan pencubaan ini menjadi berkat, memberikan pembelajaran yang diinginkan-Nya kepada saya, dan bekerja dalam diri saya agar saya mengalami rahmat yang ingin dikurniakan-Nya.

Akhir sekali—Dalam masa-Nya yang baik, Dia boleh membawa saya keluar lagi daripada kesusahan—mengikut cara dan masa-Nya.

Saya berada di sini—menurut rancangan Tuhan, di bawah penjagaan-Nya, latihan-Nya, mengikut masa-Nya.”

Kita menginginkan jawapan cepat, penyelesaian segera, tetapi sesetengah masalah tidak dapat diselesaikan begitu mudah dan hanya boleh diterima sahaja. Tuhan dapat memelihara kita dalam kasih-Nya. Dengan rahmat-Nya, kita boleh bertenang dalam-Nya.