Filem The Sound of Music, adalah salah satu filem muzikal yang amat berjaya dan diterbitkan pada tahun 1965. Filem muzikal ini mendapat banyak sanjungan, termasuklah lima Anugerah Akademi kerana ceritanya yang menawan hati orang di seluruh dunia. Lebih daripada 50 tahun kemudian, orang ramai masih menghadiri tayangan khas filem ini dan para penonton datang dengan memakai kostum watak kegemaran mereka, malah bernyanyi bersama semasa tayangan itu.
Muzik berakar dalam jiwa kita. Sebagai pengikut-pengikut Yesus, ia merupakan satu cara yang berkuasa bagi orang percaya untuk saling menggalakkan dalam perjalanan iman. Paulus menggesa orang percaya di Kolose, “Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati” (Kolose 3:16).
Bernyanyi bersama-sama untuk Tuhan menanam mesej tentang kasih-Nya dalam minda dan jiwa kita. Ia merupakan satu pelayanan berkuasa mengenai ajaran dan galakan yang kita berkongsi. Sama ada hati kita berseru, “Ya Allah, ciptalah hati yang murni bagiku” (Mazmur 51:12), ataupun bersorak dengan sukacita, “Dia akan memerintah selama-lamanya” (Wahyu 11:15), kekuasaan muzik yang meninggikan Tuhan mengangkat jiwa kita dan menganugerahi kita kedamaian.
Marilah kita bernyanyi untuk Tuhan hari ini.
kasih dan kuasa-Mu.
Apakah nyanyian pujian atau lagu rohani kegemaran anda? Kongsikan di halaman Facebook kami: https://goo.gl/FFCb71