Dalam keluarga kami, bulan Mac bukan sahaja merujuk kepada akhir musim sejuk. Bulan ini bermaksud bahawa ekstravaganza akan bola keranjang di universiti yang dipanggil sebagai “Kegilaan Mac” sudah tiba. Sebagai peminat yang setia, kami akan menonton perlawanan di televisyen sambil memberi sokongan kuat kepada pasukan kegemaran kami. Sekiranya kami mengikut  tayangan perlawanan sejak awal, kami akan berpeluang menyaksikan para penyiar melaporkan tentang perlawanan yang akan datang, serta melihat sesi-sesi latihan sebelum perlawanan, yang para pemain akan berlatih menembakkan bola dan melakukan gerakan memanaskan badan dengan rakan sepasukan mereka.

Hidup kita di bumi ini adalah seperti pra-perlawanan bola keranjang. Hidup adalah menarik dan penuh dengan janji, tetapi ia tidak dapat dibandingkan dengan perkara yang akan berlaku pada masa depan. Walaupun kita tahu dengan gembira bahawa hidup kita sekarang adalah baik, tetapi yang paling baik belum tiba! Atau apabila kita memberi bantuan dengan sukacita kepada orang yang ada keperluan, ia merupakan satu pelaburan dalam harta syurga. Pada masa kesengsaraan dan kemurungan, kita dapat mencari pengharapan apabila kita merenungkan kebenaran bahawa hidup sejati dan kekal yang tanpa kesakitan dan tangisan sedang menanti kita. Tidak hairanlah apabila Paulus menggesa: “Hendaklah kamu memusatkan fikiran kepada perkara-perkara yang di syurga” (Kolose 3:2).

Masa depan yang telah dijanjikan oleh Tuhan akan membantu kita melihat segala sesuatu tentang hidup dalam dimensi yang baru. Walaupun keadaan ini mungkin merujuk kepada hidup yang baik, namun hidup yang paling baik belum tiba. Inilah keistimewaan kita untuk mendiami di bumi kerana pengharapan di syurga.