Sekiranya anda melawat kampung di Capernaum yang terletak di sebelah Laut Galilee, anda akan menjumpai pameran pemerah zaitun zaman kuno. Pemerah zaitun yang terbentuk daripada batu basalt merangkumi dua bahagian: bahagian lesung dan roda pengasah. Lesung itu adalah besar, bulat, dan mempunyai satu palung yang dibentuk di atasnya. Zaitun-zaitun diletakkan di palung ini, dan kemudian roda yang juga diperbuat daripada batu yang berat akan bergolek pada buah zaitun untuk mendapat minyak zaitun.

Pada malam sebelum kematian-Nya, Yesus pergi ke Bukit Zaitun yang menghadap bandar Yerusalem. Di taman yang dipanggil Getsemani, Dia berdoa kepada Tuhan Bapa yang tahu apa yang akan berlaku.

Perkataan Getsemani bermaksud “tempat pemerah zaitun”—yang membawa maksud dengan tepat bahawa kesengsaraan Kristus bagi pihak kita, iaitu pada masa Dia diseksa. “Kerana berat penderitaan-Nya, Yesus semakin tekun berdoa, sehingga peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah” (Lukas 22:44).

Yesus, Anak Tuhan menderita dan mati untuk menghapuskan “dosa dunia” (Yohanes 1:29) dan memulihkan hubungan kita dan Tuhan Bapa yang putus. “Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya, penyakit kitalah yang dideritanya … Tetapi dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya” (Yesaya 53:4-5).

Hati kita berseru dalam penyembahan dan kesyukuran.