Sebelum Stig Kernell meninggal dunia, dia memberitahu pengurus di rumah jenazah bahawa dia tidak menginginkan obituari yang tradisional. Dengan ini, lelaki Sweden ini mengarahkan mereka memaparkan tiga patah perkataan sahaja yang mengatakan bahawa dia telah meninggal dunia: “Saya sudah mati.” Apabila Encik Kernell meninggal dunia pada umur 92 tahun, itulah yang benar-benar dipaparkan. Keberanian dan kesederhanaan mengenai notis kematiannya yang luar biasa ini menarik perhatian akhbar-akhbar di seluruh dunia. Dalam keadaan yang pelik, sikap ingin tahu di seluruh dunia terhadap lelaki dengan obituari yang hanya ada tiga patah perkataan ini mengakibatkan lebih perhatian tentang kematiannya daripada yang diinginkannya.

Apabila Yesus disalibkan, obituari Tuhan sebenarnya boleh berbunyi, “Dia sudah mati.” Namun selepas 3 hari, kata-kata pada halaman utama surat khabar boleh ditukar kepada, “Dia telah bangkit!” Sebahagian besar dalam Perjanjian Baru berfokus untuk mengisytiharkan dan menerangkan hasil kebangkitan Kristus. “[Kristus Yesus] yang sudah mati, bahkan sudah dibangkitkan daripada kematian dan berada di sebelah kanan Allah. Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? … Dalam semuanya kita mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita” (Roma 8:34-37).

Obituari Yesus dengan tiga patah perkataan, “Dia sudah mati,” telah ditukarkan kepada lagu pujian yang abadi terhadap Penyelamat kita. Dia sudah bangkit! Sesungguhnya Dia sudah bangkit!