Pada 4 April 1968, pemimpin hak sivil Amerika, Dr. Martin Luther King Jr. telah dibunuh, ini meninggalkan kemarahan dan kekecewaan dalam hati jutaan orang. Di Indianapolis, sekumpulan orang Amerika yang majoritinya berkulit hitam telah berkumpul untuk mendengar ucapan Robert F. Kennedy. Pada masa itu ramai orang belum menerima berita tentang kematian Dr. King, maka Kennedy terpaksa mengumumkan berita tragik itu. Dia meminta mereka bertenang walaupun dia turut berasa pilu dan sedih bersama mereka kerana abangnya, Presiden John F. Kennedy, juga dibunuh beberapa tahun dahulu.
Kemudian Kennedy memetik puisi purba ini yang ditulis oleh Aeschylus (526–456 BC):
Walaupun ketika tidur, kesakitan yang tidak dapat dilupakan masih menghantui jiwa kita sehingga kita berasa sungguh kecewa. Namun kebijaksanaan Tuhan diberikan melalui rahmat-Nya yang besar, dengan cara yang paling tidak dijangka.
“Kebijaksanaan Tuhan diberikan melalui rahmat-Nya yang besar” merupakan satu kenyataan yang sangat menarik. Ia bermaksud Tuhan mengagumi kita dan memberi kita peluang untuk menjadi bijaksana ketika kita menghadapi detik-detik paling sukar dalam kehidupan.
Yakobus menulis, “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang.” (Yakobus 1:5). Yakobus berkata bahawa kebijaksanaan ini terhasil daripada pelbagai cubaan yang dialami (ayat 2-4), kerana kita bukan sahaja belajar daripada kebijaksanaan Tuhan, kita juga menerima rehat dalam kasih Tuhan.
kasih Tuhan bersinar dengan lebih cerah.
