Apabila menaiki tren komuter untuk menuju ke Chicago, saya selalu mengikuti “kod tatacara yang tidak tertulis”—seperti jangan bercakap dengan orang yang duduk di sebelah kita sekiranya kita tidak mengenali mereka. Hal itu agak sukar bagi saya yang tidak pernah menemui orang yang tidak dikenali. Ini kerana saya sangat gemar bercakap dengan orang yang baru saya kenal! Walaupun saya menuruti kod berdiam diri, saya sedar bahawa saya masih boleh belajar sesuatu yang baru tentang seseorang berdasarkan bahagian yang dibaca mereka dalam surat khabar. Oleh itu, saya akan melihat halaman yang mereka akan buka dahulu: Bahagian bisnes? Sukan? Politik? Hal ehwal semasa? Pilihan mereka menunjukkan minat mereka.
Pilihan kita selalunya mendedahkan diri kita. Sudah tentunya, Tuhan tidak perlu melihat pilihan kita untuk menyelami isi hati kita. Tetapi hal-hal yang memenuhi masa serta perhatian kita akan mendedahkannya. Seperti yang dikatakan Yesus, “Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada harta kamu” (Lukas 12:34). Tidak kira apa pun rupa kita yang ingin dilihat oleh Tuhan, isi hati kita yang sebenar menjadi jelas berdasarkan cara kita menggunakan masa, duit dan bakat kita. Apabila kita melabur sumber-sumber ini ke dalam hal-hal yang diambil berat oleh Tuhan, maka jelaslah bahawa hati kita selaras dengan kehendak-Nya.
Hati Tuhan terarah kepada keperluan manusia dan peluasan kerajaan-Nya. Apakah yang didedahkan oleh pilihan-pilihan anda kepada Dia serta orang lain tentang keadaan sebenar hati anda?