W. T. Stead, seorang wartawan inovatif pada permulaan abad ke-20, terkenal dengan penulisannya mengenai isu-isu sosial yang kontroversial. Dua artikelnya yang diterbitkan menjelaskan kebahayaan kapal laut yang beroperasi dengan nisbah bot penyelamat dan penumpang yang tidak mencukupi. Ironiknya, Stead merupakan penumpang kapal Titanic apabila kapal tersebut terlanggar aisberg di lautan Atlantik Utara pada 15hb April 1912. Menurut satu laporan, selepas menolong para wanita dan kanak-kanak menaiki bot penyelamat, Stead mengorbankan nyawanya dengan memberikan jaket keselamatan dan tempat duduknya dalam bot penyelamat kepada orang lain agar mereka dapat diselamatkan.
Pengorbanan sebegini sangat mengharukan, dan Kristus telah memberikan pengorbanan yang terbaik. Penulis kitab Ibrani berkata, “Sebaliknya, Kristus mempersembahkan hanya satu korban untuk pengampunan dosa, dan korban itu berlaku untuk selama-lamanya. Setelah itu Dia duduk di sebelah kanan Allah … Demikianlah dengan satu korban, untuk selama-lamanya Dia menyempurnakan orang yang sudah disucikan daripada dosa” (Ibrani 10:12,14). Dalam suratnya kepada jemaah di Galatia, Paulus menggambarkan pengorbanan agung ini dengan kata-kata permulaan: “Tuhan Yesus Kristus … menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Kristus telah menyerahkan diri-Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita” (Galatia 1:3-4).
Penyerahan Yesus sebagai korban bagi kita menunjukkan kasih-Nya yang begitu besar. Pengorbanan penuh kerelaan inilah yang sentiasa menyelamatkan manusia serta memberi keyakinan mengenai hidup kekal bersama Dia.
untuk menunjukkan kasih-Nya kepada kita.