Bayi kepada seorang kawan saya menderita penyakit sawan, oleh itu mereka segera pergi ke hospital dengan menaiki ambulans, hatinya berdebar-debar sementara ibu itu berdoa untuk anak perempuannya. Dia sedar semula tentang kasihnya yang sangat mendalam bagi anaknya apabila dia memegang jari-jari kecilnya, sambil sedar bahawa Tuhan pasti lebih mengasihi kita kerana kita ialah “buah hati-Nya.”
Nabi Zakharia menyatakan frasa ini dalam kata-katanya kepada umat Tuhan yang baru pulang ke Yerusalem selepas mereka ditawan di Babilonia. Dia memanggil mereka bertaubat, membina semula rumah Tuhan, dan membaharui hati mereka untuk mengasihi Tuhan yang benar. Tuhan sangat mengasihi umat-Nya; mereka ialah buah hati-Nya.
Para cendekiawan Ibrani berpendapat bahawa frasa daripada fasal 2 dalam kitab Zakharia menandakan pantulan seseorang dalam anak mata orang lain, dengan perkataan “buah” merujuk kepada objek yang biasanya berbentuk sfera. Oleh itu, mata kita yang berharga dan mudah rosak ini amat memerlukan perlindungan, begitulah juga Tuhan ingin mengasihi dan melindungi umat-Nya—memegang mereka dekat dengan hati-Nya.
Tuhan yang bertaktha antara kita mencurahkan kasih-Nya kepada kita—jauh melebihi kasih seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya yang sakit. Kita ialah buah hati-Nya, yang dikasihi-Nya.
mencerminkan kasih Bapa kepada kita.