Sehingga baru-baru ini, kebanyakan pekan di pedalaman Ireland tidak menggunakan nombor rumah ataupun poskod. Oleh itu, sekiranya terdapat tiga orang bernama Patrick Murphy di pekan yang sama, penduduk terbaru dengan nama tersebut tidak akan menerima suratnya sebelum ia terlebih dahulu dihantar kepada dua orang Patrick Murphy yang sudah lebih lama menetap di sana. “Jiran-jiran saya akan menerima surat terlebih dahulu,” kata Patrick Murphy (penduduk terbaru). “Mereka akan membaca surat itu, kemudian berkata, ‘Tidak, mungkin surat ini bukan untuk kami.’ ” Untuk menamatkan segala kekeliruan penghantaran, pihak kerajaan Ireland baru-baru ini memulakan sistem poskod yang pertama untuk memastikan penghantaran surat dilakukan dengan betul.

Kadangkala apabila kita berdoa, kita berasa bahawa kita memerlukan pertolongan untuk meluahkan isi hati kita kepada Tuhan. Kita mungkin tidak tahu apa yang ingin dikatakan, atau cara untuk meluahkan keinginan terdalam kita. Rasul Paulus berkata dalam Roma 8 bahawa Roh Kudus menolong kita dan menjadi perantara dengan mengambil “erangan” kita lalu bermohon kepada Bapa. “Kita tidak tahu bagaimana kita patut berdoa; Roh itu sendiri bermohon kepada Allah dengan erangan yang tidak dapat diutarakan dengan kata-kata” (ayat 26). Roh sentiasa berdoa berdasarkan kehendak Tuhan, dan Bapa mengetahui minda Roh.

Kita digalakkan apabila mengetahui bahawa Tuhan mendengar doa kita dan Dia memahami keperluan terdalam kita.