Salah satu babak kegemaran saya dalam sastera berlaku apabila seorang mak cik tegas berhadapan dengan seorang bapa tiri jahat kerana penderaan yang dilakukan ke atas anak buah mak cik itu, iaitu David Copperfield. Babak ini berlaku dalam novel Charles Dickens yang bertajuk sempena nama watak utama, David Copperfield.
Apabila David Copperfield tiba di rumah mak ciknya, bapa tirinya mengikutinya tidak jauh dari belakang. Mak Cik Betsy Trotwood tidak senang hati melihat Encik Murdstone yang berniat jahat. Dia mengingati semua kejahatan Encik Murdstone dan tidak membiarkan dia terlepas daripada bertanggungjawab ke atas setiap perbuatan yang mendera itu. Tuduhan Mak Cik Betsy sangat pedas dan penuh kebenaran sehingga Encik Murdstone—seorang yang selalunya sangat agresif—akhirnya pergi dari situ dengan tidak mengatakan sepatah kata pun. Melalui kekuatan dan kebaikan watak Mak Cik Betsy, David akhirnya menerima keadilan.
Ada seorang Peribadi lagi yang kuat dan baik, dan Dia akan membetulkan setiap kesalahan di dunia kita pada suatu hari nanti. Apabila Yesus kembali, Dia akan turun dari syurga bersama-sama sekumpulan malaikat yang gagah perkasa. Dia akan “memberikan kelegaan kepada kamu yang menanggung penderitaan,” dan Dia akan mendatangkan penderitaan kepada orang yang membuat anak-anak-Nya menderita (2 Tesalonika 1:6-7). Sebelum hari itu tiba, Yesus mahu kita berdiri teguh dan mempunyai keberanian. Tidak kira apa pun yang kita lalui di bumi ini, kita akan selamat untuk selama-lamanya.