Kameleon Yang Teragak-Agak
Apabila kita berfikir tentang kameleon, kita mungkin memikirkan tentang kebolehannya untuk bertukar warna badan mengikut keadaan sekeliling. Tetapi cicak ini mempunyai satu lagi ciri menarik. Beberapa kali saya pernah melihat kameleon ini berjalan di atas laluan kecil dan tertanya-tanya bagaimana ia boleh sampai ke tempat tujuannya. Ini kerana kameleon itu melangkahkan satu kaki, kemudian bertukar fikiran dan cuba melangkah sekali lagi, sambil meletakkan kaki seterusnya dengan teragak-agak, seolah-olah takut jikalau tanah di bawahnya akan runtuh. Itu sebabnya saya tergelak apabila seseorang berkata, “Jangan-jangan kita menjadi jemaah gereja kameleon yang berkata, ‘Ok, saya akan pergi ke gereja hari ini; tidaklah, saya akan pergi minggu hadapan; tidak, bagus saya tunggu sekejap!’ ”
Buah Hatinya
Bayi kepada seorang kawan saya menderita penyakit sawan, oleh itu mereka segera pergi ke hospital dengan menaiki ambulans, hatinya berdebar-debar sementara ibu itu berdoa untuk anak perempuannya. Dia sedar semula tentang kasihnya yang sangat mendalam bagi anaknya apabila dia memegang jari-jari kecilnya, sambil sedar bahawa Tuhan pasti lebih mengasihi kita kerana kita ialah “buah hati-Nya.”
Pengorbanan Agung
W. T. Stead, seorang wartawan inovatif pada permulaan abad ke-20, terkenal dengan penulisannya yang kontroversial mengenai isu-isu sosial. Dua artikelnya yang diterbitkan menjelaskan kebahayaan kapal laut yang beroperasi dengan nisbah bot penyelamat dan penumpang yang tidak mencukupi. Ironiknya, Stead merupakan penumpang kapal Titanic apabila kapal tersebut terlanggar aisberg di lautan Atlantik Utara pada 15 April, 1912. Menurut satu laporan, selepas menolong para wanita dan kanak-kanak menaiki bot penyelamat, Stead mengorbankan nyawanya dengan memberikan jaket keselamatan dan tempat duduknya dalam bot penyelamat kepada orang lain agar mereka dapat diselamatkan.
Inilah Harinya
Pada tahun 1940, Dr. Virginia Connally yang berumur 27 tahun menghadapi bantahan dan kritikan dengan berani apabila dia menjadi pakar perubatan wanita yang pertama di Abilene, Texas. Beberapa bulan sebelum hari jadinya yang ke-100 pada tahun 2012, Persatuan Perubatan Texas memberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada dia, iaitu penghormatan tertinggi di Texas kepada seorang pakar perubatan. Antara dua peristiwa yang sangat bermakna itu, Dr. Connally juga giat menyebarkan injil ke seluruh dunia melalui lawatan misi perubatan, sambil menjalani hidup yang melayani Tuhan dan orang lain—hari demi hari.
Pemeriksaan Hati
Apabila menaiki tren komuter untuk menuju ke Chicago, saya selalu mengikuti “kod tatacara yang tidak tertulis”—seperti jangan bercakap dengan orang yang duduk di sebelah kita sekiranya kita tidak mengenali mereka. Hal itu agak sukar bagi saya yang tidak pernah menemui orang yang tidak dikenali. Ini kerana saya sangat gemar bercakap dengan orang yang baru saya kenal! Walaupun saya menuruti kod berdiam diri, saya sedar bahawa saya masih boleh belajar sesuatu yang baru tentang seseorang berdasarkan bahagian yang dibaca mereka dalam surat khabar. Oleh itu, saya akan melihat halaman yang mereka akan buka dahulu: Bahagian bisnes? Sukan? Politik? Hal ehwal semasa? Pilihan mereka menunjukkan minat mereka.