Di rumah baharu Debbie, dia menemui sebatang tumbuhan yang dilupakan di sudut ruangan dapur yang gelap. Tumbuhan tersebut kelihatan seperti orkid kupu-kupu dengan daun yang sudah berhabuk dan koyak. Debbie membayangkan betapa cantiknya tumbuhan itu apabila ia mengeluarkan bunga yang baharu. Dia mengalihkan pasu tumbuhan itu ke tempat bersebelahan tingkap, memotong daun-daun mati dan menyiram tumbuhan tersebut dengan secukupnya. Dia juga membubuh baja pada tumbuhan tersebut. Minggu demi minggu dia memeriksa tumbuhan itu, tetapi pucuk baharu tidak kelihatan. “Saya akan menunggu sebulan lagi,” Debbie memberitahu suaminya. “Jika masih tidak ada apa-apa perubahan, saya akan membuangnya.”
Selepas satu bulan, dia hampir tidak percaya apa yang dilihatnya. Dua pucuk kecil telah tumbuh antara daun-daun lain! Tumbuhan yang hampir dibuangnya ternyata masih hidup.
Pernahkah anda berputus asa kerana pertumbuhan rohani anda yang terbantut? Mungkin anda selalu panas baran atau suka bergosip. Atau mungkin anda masih bangun lewat untuk berdoa dan membaca Alkitab, walaupun anda sudah memasang penggera jam.
Beritahulah seorang sahabat yang anda percayai tentang hal-hal di dalam hidup anda yang anda mahu untuk bertumbuh secara rohani, dan mintalah agar sahabat ini mendoakan serta mendorong anda selalu bertumbuh. Bersabarlah. Anda pasti bertumbuh sekiranya anda membenarkan Roh Kudus bekerja di dalam hidup anda.