“Ibu saya memberi kami makan cili sebelum kami masuk tidur,” kata Samuel ketika dia mengenang semula zaman kanak-kanaknya yang sukar di Afrika Sub-Sahara. “Kami akan minum air kerana cili itu sungguh pedas, dan ingat kami akan berasa kenyang.” Dia menambah, “Namun saya masih berasa lapar.”
Pergolakan kerajaan telah memaksa bapa Samuel melarikan diri, dan menyebabkan ibu Samuel menjadi satu-satunya orang yang menyara keluarga mereka. Kemudian saudaranya dijangkiti penyakit anemia sel sabit (sickle cell anemia), dan mereka tidak mampu membiayai perbelanjaan rawatannya. Ibunya membawa mereka ke gereja, tetapi perkara itu tidak bermakna bagi Sam. Mengapakah Tuhan sanggup membenarkan keluarga kami mengalami kesengsaraan sebegini? Dia berfikir.
Kemudian pada suatu hari, seorang lelaki mendapat tahu tentang masalah keluarga ini. Dia membantu mereka mendapatkan ubat yang diperlukan. “Hari Ahad nanti kita akan pergi ke gereja lelaki ini,” kata ibunya. Sam dengan serta-merta dapat merasakan sesuatu yang berbeza di gereja tersebut. Jemaah gereja itu mempunyai hubungan yang rapat dengan Yesus, malah mengambil tindakan untuk menunjukkan kasih-Nya.
Hal itu berlaku tiga puluh tahun yang lalu. Hari ini, di tempat kami, Sam sudah menubuhkan lebih daripada 20 buah gereja, sebuah sekolah besar dan rumah anak yatim. Dia meneruskan ibadat murni dan sejati yang diajarkan oleh Yakobus, saudara Yesus, yang menggesa kita bukan sahaja “mendengarkan firman-Nya” tetapi untuk melakukan “apa yang difirmankan-Nya” (Yakobus 1:22). “Menurut Allah Bapa, inilah ibadat yang murni dan sejati: Menolong anak yatim piatu dan balu yang mengalami penderitaan, serta menjaga diri supaya tidak dicemari kejahatan di dunia ini” (ayat 27).
Perbuatan baik sekecil pun pasti akan berhasil sekiranya dilakukan dalam nama Yesus.
ditunjukkan melalui perbuatan baik.