Dua rakan sekerja duduk sambil menilai lawatan bisnes mereka dan hasilnya. Salah seorang berkata bahawa urusan mereka itu berhasil kerana mereka dapat menjalinkan persahabatan baru dengan kenalan perniagaan mereka. Seorang lagi berkata, “Hubungan itu baik tetapi yang paling penting ialah hasil jualan.” Dengan jelasnya agenda mereka amat berbeza.
Dalam hal perniagaan, keluarga atau gereja, pandangan kita terhadap orang lain lebih cenderung berfokus kepada perspektif bagaimana mereka dapat membawa manfaat kepada kita. Kita menilai mereka berdasarkan manfaat yang kita peroleh, bukannya berfokus pada cara yang kita boleh melayani mereka dalam nama Yesus. Dalam surat kepada jemaah di Filipi, Paulus menulis, “janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri. Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri” (Filipi 2:3-4).
Kita tidak seharusnya memperalatkan orang lain demi manfaat kita. Oleh sebab Tuhan mengasihi mereka, dan Dia mengasihi kita, maka kita harus saling mengasihi. Kasih Tuhan adalah kasih yang teragung.