Ketika Rebecca berucap di atas pentas dalam satu konferensi, ayat pertamanya melalui mikrofon bergema di ruangan bilik. Dia terkejut dengan pantulan suaranya, dan terpaksa membiasakan diri dengan sistem bunyi yang tidak berfungsi dengan baik tanpa mempedulikan gema suaranya.

Bayangkan jika setiap perkataan yang kita katakan diulangi! Mungkin ini bukan perkara yang teruk jika kita sendiri mengulangi kata-kata seperti “Saya cinta padamu” atau “Saya silap” atau “Terima kasih Tuhan” atau “Saya akan berdoa untuk kamu.” Namun sedihnya, bukan semua perkataan yang keluar dari mulut kita bersifat indah, lemah-lembut atau baik. Misalnya kata-kata yang diucapkan ketika marah atau komen yang merendah-rendahkan orang. Tiada sesiapa pun ingin mendengar kata-kata seperti itu, malah amat ingin menarik balik setiap patah perkataan itu.

Seperti pemazmur Daud, kita juga berharap Tuhan menjaga kata-kata kita. Dia berdoa, “Ya TUHAN, kawallah mulutku, dan jagalah bibirku” (Mazmur 141:3). Kita bersyukur kerana Tuhan memang mahu melakukannya. Dia suka menolong untuk menjaga mulut kita dan mengawal apa yang kita katakan.

Apabila kita belajar untuk membiasakan diri dengan sistem bunyi sendiri dan memberi perhatian serta berdoa untuk kata-kata yang kita ucapkan, Tuhan akan mengajar kita dengan sabar dan menguatkan kita untuk mengawal diri. Yang paling baik, walaupun kita gagal, Dia akan mengampuni kita. Dia berkenan apabila kita merindukan pertolongan-Nya.