Kejujuran Yang Mengejutkan
Apabila pastor meminta salah seorang pemimpin gerejanya untuk memimpin jemaah dalam doa, respons pemimpin itu mengejutkan semua orang. Dia berkata, “Pastor, minta maaf, saya baru sahaja bergaduh dengan isteri saya waktu datang ke gereja. Saya benar-benar tidak dapat memimpin doa.” Pada saat itu semua orang terasa sangat janggal. Maka pastor itu mengambil alih untuk berdoa. Kebaktian diteruskan. Sejak itu, pastor itu membuat keputusan agar tidak meminta seseorang berdoa di khalayak umum sebelum bertanya secara peribadi kepada orang tersebut.
Langkah Yang Kukuh
Persiaran sungai bersejarah di Savannah, Georgia, Amerika Syarikat diturapi dengan beraneka jenis batu-batu buntar. Penduduk-penduduk tempatan menceritakan bahawa beberapa abad yang lalu, batu-batu itu menjadi balast untuk kapal yang berlayar melintasi lautan Atlantik. Apabila barangan dimuatkan di Georgia, batu buntar tidak lagi diperlukan, maka ia digunakan untuk menurap jalan-jalan yang berdekatan dengan pelabuhan. Batu-batu itu telah melaksanakan tugas utama, iaitu menstabilkan kapal di lautan yang bergelora.
Hadirat-Nya Yang Penuh Kasih
Kami berasa sangat kecewa dan sedih apabila mendapati bahawa kawan karib kami, Cindy, telah dikenal pasti menghidap kanser. Cindy adalah seorang yang bersemangat. Hidupnya menjadi berkat kepada semua orang yang mengenalinya. Maka saya dan isteri berasa lega apabila keadaannya bertambah baik, tetapi beberapa bulan kemudian kanser itu menyerang dia dengan lebih dahsyat lagi. Bagi kami, dia masih terlalu muda untuk meninggal dunia. Suaminya menceritakan kepada kami tentang saat-saat terakhir hidupnya. Apabila Cindy menjadi terlalu lemah dan tidak mampu bercakap, dia berbisik kepada suaminya, “Tinggallah di sini saja dengan aku.” Apa yang dia inginkan pada saat-saat terakhir itu ialah kehadiran suaminya yang dikasihi.
Melayani Kristus
Saya bekerja sebagai setiausaha,” kata kawan saya, “Apabila saya memberitahu orang tentang pekerjaan saya, kadangkala mereka memandang saya dengan rasa kasihan. Namun apabila saya mengatakan untuk siapa yang saya bekerja, mata mereka terbeliak kerana terkejut!” Dengan kata lain, masyarakat biasanya menganggap sesetengah pekerjaan itu kurang penting, kecuali pekerjaan tersebut berkaitan dengan orang yang kaya atau terkenal.
Bahan Pemuridan Yang Berkesan
Apakah itu Pedoman Harian? Apakah itu Siri Bimbingan? Apakah itu Siri Perjalanan Iman?
Semua soalan akan dijawab dalam Seminar Bahan Pemuridan Yang Berkesan!
Wah! Bilakah seminar ini diadakan? 23 Julai 2016 (Sabtu)!
Sila isikan borang ini sekiranya anda berminat untuk belajar bersama-sama kami!
Tarikh: 23 Julai 2016
Masa: 9:00 pg-4:30 ptg
Tempat: Dewan Kuliah Seminari Teologi Sabah
(Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran, 26, Jalan Pinggir,…