Kegagalan Napoleon di Rusia pada 200 tahun yang lepas berpunca daripada musim sejuk Rusia yang teruk. Satu masalah spesifik adalah kuda-kudanya memakai ladam yang sesuai untuk musim panas. Sewaktu musim sejuk, kuda-kuda ini mati kerana tergelincir di atas jalan-jalan yang dilitupi ais apabila kuda-kuda ini menarik wagon bekalan. Kerosakan bekalan telah menyebabkan Napoleon mengurangkan 400,000 askarnya yang kuat kepada 10,000 orang. Kejatuhan yang kecil; satu akibat yang dahsyat!
Yakobus menerangkan bagaimana kesilapan dalam pertuturan juga boleh mengakibatkan kerosakan yang besar. Satu perkataan yang salah boleh mengubah kerjaya atau masa depan orang. Ini kerana lidah adalah toksik, seperti yang ditulis oleh Yakobus, “Tetapi tidak seorang pun dapat menjinakkan lidah manusia. Lidah itu jahat dan tidak dapat dikuasai, serta penuh dengan racun yang mematikan” (Yakobus 3:8). Masalah ini telah meningkat di dunia moden kita apabila e-mel yang dihantar dengan sewenang-wenang atau kiriman di laman media sosial boleh mengakibatkan kerosakan yang besar. Ia merebak dengan cepat seperti jangkitan virus dan selalunya tidak boleh ditarik balik.
Raja Daud amat menghormati Tuhan dengan cara kita menggunakan perkataan. Dia menulis, “aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN … Jangan keluarkan kata-kata jahat, dan jangan suka berdusta” (Mazmur 34:12,14). Dia bertekad, “Aku berkata, ‘Aku akan berhati-hati dengan perbuatanku, dan tidak akan berdosa dengan lidahku. Aku tidak akan berkata apa-apa…” (Mazmur 39:2-3). Tuhan, bantulah kami supaya berbuat sebegitu.