Kata-kata kawan saya menusuk hati saya. Saya tidak dapat tidur kerana tidak berhenti-henti untuk memikirkan komen yang ditujukannya terhadap pendapat keras saya, lalu saya berdoa untuk hikmat dan kedamaian Tuhan. Selepas beberapa minggu, saya masih berasa tersinggung kerana perkara tersebut, maka saya berdoa, “Hati saya terluka, ya Tuhan, tetapi tunjukkanlah kepada saya aspek yang saya perlu ubah. Tunjukkanlah kepada saya bahagian komen kawan saya yang betul.
Kawan saya telah bertindak sebagai kertas pasir Tuhan dalam hidup saya. Hati saya berasa seperti digosok terus pada permukaan, tetapi saya mengerti bahawa cara saya menjawab akan membawa kepada pembentukan sifat saya—atau tidak. Pilihan saya adalah menyerahkan proses melicinkan keperibadian ini, mengakui pendirian angkuh dan keras kepala saya kepada Tuhan. Saya menyedari bahawa kesalahan dan kelemahan saya tidak memuliakan Tuhan.
Raja Salomo tahu bahawa kehidupan dalam komuniti boleh menjadi susah, satu tema yang diutarakannya dalam kitab Amsal. Dalam fasal 27, kita memerhatikan bahawa hikmatnya diamalkan dalam aspek hubungan. Dia mengibaratkan kata-kata yang tajam antara kawan sebagai besi mengasah besi: “Sebagaimana besi mengasah besi, demikianlah manusia belajar daripada satu sama lain” (ayat 17), melicinkan sisi-sisi kasar dalam kelakuan masing-masing. Proses ini mungkin akan membawa kelukaan, seperti hati saya terluka kerana kata-kata kawan saya itu (lihat ayat 6), tetapi akhirnya Tuhan boleh menggunakan kata-kata ini untuk menolong dan menggalakkan kita supaya mengubah sikap dan kelakuan kita.
Bagaimanakah Tuhan melicinkan sisi-sisi kasar anda untuk kemuliaan-Nya?
tetapi aku mahu menyerahkan proses ini kepada-Mu.
Bentukkanlah aku dan licinkanlah aku.