Month: Julai 2016

Kepercayaan Yang Salah Tempat

Saya suka mengkaji burung, satu aktiviti yang saya mulakan semasa saya membesar di kampung di Ghana, tempat yang mempunyai banyak spesis burung yang berbeza. Di pinggir kota yang kami tinggal sekarang, saya memerhatikan kelakuan sekelompok burung gagak yang menarik perhatian saya. Burung gagak ini terbang ke pokok yang tidak berdaun banyak. Daripada hinggap dan berteduh pada dahan yang kuat, burung gagak ini memilih dahan yang kering, tidak kukuh dan mudah patah. Burung ini bertenggek dengan berhati-hati untuk menghindari bahaya—usaha yang sia-sia sahaja. Nampaknya naluri burung ini tidak dapat mengesan bahawa dahan yang kukuh adalah paling dapat dipercayai dan selamat untuk berteduh.

Tangan Yang Terbuka

Pada tahun 1891, jenazah Biddy Mason dikebumikan di sebuah kubur yang tidak tertanda di Los Angeles. Ini bukan perkara biasa bagi seorang wanita yang merupakan hamba sejak lahir, tetapi ia sesuatu yang luar biasa bagi seseorang yang berjaya seperti Biddy. Selepas memenangi kebebasannya melalui perbicaraan mahkamah yang sengit pada tahun 1856, dia menggabungkan kemahiran kejururawatan dan pelaburan perniagaan yang bijak untuk mendapat keuntungan. Apabila dia menyaksikan penderitaan para pendatang dan banduan, dia menjangkau mereka, malah melabur dalam kerja amal sehingga orang ramai kerap kali beratur di luar rumahnya untuk menerima bantuan. Pada tahun 1872, tepat pada enam belas tahun selepas dia bebas daripada perhambaan, dia dan menantu lelakinya membiayai penubuhan Gereja Episcopal Methodist Afrika yang pertama di Los Angeles.

Hadiah Dan Pemberi Hadiah

Itu hanya seutas rantai kunci. Lima bongkah kecil yang diikat bersama dengan tali kasut. Anak perempuan saya telah memberikannya kepada saya beberapa tahun yang lalu ketika dia berumur tujuh tahun. Sekarang talinya sudah lusuh dan bongkahnya sudah berkecai, tetapi tulisan itu tidak pernah menjadi kabur: “I  Dad (Saya mengasihi Ayah).”

Di Luar Jangkaan

Pada waktu pertengahan hari musim panas, semasa isteri saya dan saya melancong ke Amerika Selatan, kami berhenti untuk membeli aiskrim. Pada dinding di belakang kaunter, kami melihat satu papan tanda yang tertulis, “Dilarang Menaiki Kereta Salji.” Jenaka ini amat lucu dan di luar jangkaan dalam cuaca yang begitu panas.

Perasmian Pusat Sumber Kota Kinabalu

 

Perasmian Pusat Sumber Kota Kinabalu

Tarikh: 6 Ogos 2016 (Sabtu)
Masa Melawat: 11:00 pg - 3:00 ptg
Tempat: Seminari Teologi Sabah
(Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran, 26, Jalan Pinggir, Off Jalan Istana, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.)

Program

  1. Bahan-bahan rohani untuk kanak-kanak dan orang dewasa akan dipamerkan. Misalnya buku renungan dan bahan-bahan pemuridan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia.
  2. Penjualan buku oleh Discovery House Distributors (pelayanan…