Pada musim panas tahun 2015, Hunter (15 tahun) mendukung adiknya Braden (8 tahun) di belakang untuk berjalan kaki sejauh 92 km bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap keperluan orang yang menghidapi palsi serebrum (Keabnormalan perkembangan otak yang membantut pergerakan anggota-anggota badan). Dengan berat badan Braden sebanyak 27 kg, maka Hunter perlu kerap berhenti dan seseorang akan membantu dia meregangkan otot. Hunter memakai abah-abah khas untuk mengurangkan berat badan Braden. Menurut Hunter, walaupun abah-abah itu dapat melegakan ketidakselesaan fizikal, namun apa yang paling membantunya adalah orang ramai di sepanjang jalan. “Jika bukan kerana mereka memberikan sorakan dan berjalan bersama kami, saya tidak akan dapat melakukannya. … Meskipun kaki saya terasa sakit, namun galakan kawan-kawan membantu saya mengharunginya dengan berjaya … ” Ibunya menamakan perjalanan yang sukar itu sebagai “Perjalanan Palsi Serebrum yang Yakin.”
Rasul Paulus, yang kita sangka sebagai seorang yang kuat dan berani, juga perlu “digalakkan.” Dalam Roma 16, dia menyenaraikan beberapa orang yang melakukan hal itu baginya. Mereka melayani bersama dengannya, malah menggalakkan, memenuhi keperluan dan berdoa untuk Paulus. Dia menyebut tentang Febe; Priskila dan Akwila, rakan-rakannya yang sama-sama bekerja untuk Kristus Yesus; Ibu Rufus, yang seperti ibunya sendiri; Gayus, yang memberi layanan baik kepadanya; dan sebagainya.
Kita semua memerlukan galakan daripada rakan-rakan kita, dan kita tahu bahawa orang lain juga turut memerlukan galakan kita. Sebagaimana Yesus memberikan pertolongan dan galakan kepada kita, maka marilah kita sering menolong satu sama lain.
yang dibebani oleh masalah berat.