Month: Ogos 2016

Jurucakap Bagi Tuhan

Jantung saya berdebar-debar, saya sedang menunggu telefon berdering dan permulaan bicarawara melalui radio. Saya tertanya-tanya akan jenis soalan yang bakal dikemukakan oleh pengacara dan respons saya. “Tuhan, saya lebih pandai menulis tetapi bukan berkata-kata,” saya berdoa. “Namun saya berasa keadaan sekarang sama dengan Musa—saya perlu percaya bahawa Engkau akan memberikan hikmat kepada saya untuk bercakap.”

Hidup Mulia

Ketika menyampaikan ucapan umum, seorang pemimpin dan negarawan yang dihormati telah menjadi perhatian negaranya.Ini kerana dia mengisytiharkan bahawa kebanyakan Ahli Parlimen (AP) di negaranya menjalani kehidupan yang memalukan. Dengan menyebut tentang gaya hidup AP yang menerima rasuah, bersikap sombong, menggunakan bahasa kasar dan lain-lain, dia menegur para AP secara terbuka dan menggesa mereka melakukan pembaharuan. Seperti yang dijangka, komennya tidak diterima, sebaliknya dia menghadapi kritikan keras daripada ahli-ahli parlimen lain.

Mengingati ...

Apabila kita menjadi semakin tua, ketakutan terbesar kita mungkin adalah menghidapi dementia dan kehilangan memori jangka pendek. Namun Dr Benjamin Mast, seorang pakar dalam penyakit Alzheimer memberikan kata-kata dorongan berikut. Dia mengatakan bahawa sekiranya pesakit sering “pakai” dan “biasa” dengan lagu-lagu pujian, mereka akan dapat menyanyi setiap perkataan dalam lagu itu apabila bernyanyi bersama. Dia mencadangkan disiplin rohani seperti membaca Alkitab, berdoa, dan menyanyikan puji-pujian akan menyebabkan kebenaran “tertanam” ke dalam minda kita, sedia untuk digunakan pada bila-bila masa ia diperlukan.

Berjaga-jaga dan Berdoa

Saya dapat melihat sebuah bukit setinggi 1,700 meter yang dikenali sebagai Cerro del Borrego atau “Bukit Domba” dari tingkap rumah. Pada tahun 1862, tentera Perancis telah menyerang Mexico. Sementara pihak musuh berkhemah di taman pusat Orizaba, tentera Mexico bertapak di bahagian atas bukit. Walau bagaimanapun, jeneral Mexico mengabaikan untuk mengawal orang daripada naik ke atas bukit. Ketika tentera Mexico tertidur, tentera pihak Perancis menyerang dan membunuh seramai 2,000 orang

Pengedar Bahan-Bahan

Untuk membeli Pedoman Harian 2020 dan Jurnal Rohani, klik sini.

Sekiranya anda ingin membeli bahan-bahan bahasa Malaysia yang lain, sila layari http://dhdmalaysia.com/. Anda juga boleh berkunjung ke senarai pengedar ini yang terdekat dengan anda.

Our Daily Bread Berhad

  1. Johor Bahru
    Alamat: 7, Jalan Seroja 41, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru.
    Telefon: 07-3531718
    E-mel: malaysia@odb.org
  2. Kota Kinabalu
    Alamat: Sabah Theological Seminary, Tingkat 2, Bangunan Pentadbiran,…