Month: Ogos 2016

Tuhan Berkata

Baru-baru ini, anak menantu saya telah menjelaskan kepada cucu saya Maggie bahawa kita boleh bercakap dengan Tuhan dan Dia berkomunikasi dengan kita. Apabila Ewing memberitahu Maggie bahawa Tuhan kadang-kadang berkata kepada kita melalui Alkitab, dia menjawab tanpa teragak-agak, “Tapi, Dia tidak pernah berkata apa-apa kepada saya. Saya tidak pernah mendengar Tuhan bercakap dengan saya.”

Risiko Terjatuh

Apabila kawan saya, Elaine pulih akibat daripada jatuh yang agak teruk, seorang pekerja hospital meletakkan gelang kuning yang terang dengan tulisan, “Risiko Terjatuh” pada pergelangan tangannya. Frasa itu bermaksud: Sila memberikan perhatian kepada orang ini. Dia mungkin tidak dapat berdiri dengan stabil. Bantulah dia pergi dari satu tempat ke tempat lain.

Marilah Kita

Semasa beratur untuk tarikan popular di Disneyland, saya mendapati bahawa kebanyakan orang yang beratur sedang berbual-bual dan tersenyum, bukannya mengadu bahawa mereka telah menunggu lama. Maka saya tertanya-tanya sebab yang menjadikan menunggu dalam barisan itu suatu pengalaman yang menyeronokkan. Kemudian saya memerhatikan, hanya sedikit orang yang bersendirian di sana. Sebaliknya rakan-rakan, keluarga, kumpulan dan pasangan datang ke situ untuk berkongsi pengalaman. Ini jauh berbeza daripada mereka yang berdiri sendirian dalam barisan.

Menghadapi Raksasa

Selepas berkhemah selama dua tahun di tempat yang berhampiran dengan Gunung Sinai, bangsa Israel kini bersedia untuk memasuki Kanaan—tanah yang telah dijanjikan Tuhan kepada mereka. Tuhan memerintah agar mereka menghantar dua belas pengintip untuk menjelajahi tanah dan mengintip penduduk di situ. Ketika para pengintip melihat kekuatan orang Kanaan serta saiz bandar-bandar tersebut yang amat besar, sepuluh daripada mereka berkata, “Kita pasti kalah!” manakala dua orang pula berkata, “Kita pasti menang!”