Saya berumur 18 tahun apabila saya mula mendapat kerja penuh masa, dan saya belajar satu perkara yang penting, iaitu disiplin menyimpan duit. Saya bekerja dan menabung duit sehingga ia cukup untuk perbelanjaan sekolah selama satu tahun. Kemudian ibu saya menjalani pembedahan kecemasan, dan saya menyedari bahawa saya mempunyai duit dalam bank untuk membiayai pembedahan itu.

Kasih untuk ibu saya tiba-tiba menjadi yang paling penting, bukan rancangan masa depan saya. Kata-kata ini dalam buku Passion and Purity oleh Elisabeth Elliot membawa erti baru: “Jika kita berpegang kuat kepada apa sahaja yang diberikan kepada kita, namun kita tidak mahu melepaskannya, apabila sudah sampai masa untuk melepaskannya atau tidak rela ia digunakan seperti mana Pemberi ingin supaya ia digunakan, ini akan mengakibatkan jiwa kita terbantut. Kita mudah membuat kesilapan di sini dan berkata, “Jika Tuhan sudah memberi kepada saya, maka itu milik saya. Saya boleh melakukan apa yang saya mahu.” Tidak. Sebenarnya, peranan kita adalah mengucapkan syukur dan mengembalikan semua kepada-Nya, … kita melepaskan apa yang harus dilepaskan.”

Saya menyedari bahawa pekerjaan yang saya terima dan amalan menyimpan merupakan hadiah daripada Tuhan! Saya mampu memberi kepada keluarga saya dengan murah hati kerana saya pasti bahawa Tuhan mampu menyekolahkan saya dengan cara yang lain, dan itulah yang terjadi.

Pada hari ini, bagaimana kita boleh mengaplikasikan doa Daud daripada 1 Tawarikh 29:14, “ … segalanya adalah pemberian-Mu dan apa yang kami berikan ini kepunyaan-Mu juga.”