Month: September 2016

Kekayaan Yang Sebenar

Anak kami, Josh merupakan seorang nelayan. Dia menangkap khasnya ikan salmon di Kodiak, Alaska. Tidak lama sebelum ini, dia mengirim kepada saya satu foto yang diambilnya sendiri, yang menunjukkan sebuah bot kecil berada beberapa ratus meter di hadapan botnya, dan bot kecil itu sedang melalui satu laluan sempit. Awan ribut gelap kelihatan di ufuk. Namun begitu, satu pelangi, simbol perlindungan serta kasih dan janji Tuhan, kelihatan dari satu hujung ke satu hujung laluan sempit tersebut dan mengelilingi bot kecil itu.

Menjadi Kuat Dalam Kristus(private)

Konferensi Alkitab Our Daily Bread
 
Dengan sukacita kami ingin menjemput anda, keluarga dan rakan-rakan anda menikmati firman Tuhan. Konferensi Alkitab ini diadakan kerana ini misi kami bahawa kebijaksanaan Alkitab yang mengubah hidup boleh difahami dan didapat oleh semua orang.
 
 
Jurubahasa Disediakan

Tarikh: 4 Ogos (Hari Khamis)
Masa: 8:00 mlm - 10:15 mlm
Khutbah 1: Marilah kita berdoa (Kolose 1:1-14)
Khutbah 2: Dahulu...Namun...Jika (Kolose 1:15-23)
 
Tarikh: 5 Ogos…

Menenangkan Jiwa Kamu

Saya gemar melawat muzium seperti Galeri Nasional di London dan Galeri Tretyakov di Moscow. Kebanyakan karya seninya sangat mengagumkan, tetapi ada juga yang membingungkan saya. Saya melihat warna-warna yang dipercikkan tanpa corak tertentu pada suatu kanvas dan saya sedar bahawa saya tidak tahu apa yang sedang saya lihat—walaupun karya tersebut dihasilkan oleh pakar seniman.

Kata-Kata Yang Penting

Satu tema utama daripada kitab 2 Samuel dalam Perjanjian Lama mungkin adalah “Hidup ini satu kecelaruan!” Kehidupan mempunyai semua elemen untuk menjadi sebuah drama televisyen yang terkenal. Apabila Daud ingin mengukuhkan pemerintahannya sebagai raja Israel, dia menghadapi cabaran daripada angkatan tentera, komplot politik, dan penganiayaan oleh para sahabat serta ahli keluarganya. Daud juga berada dalam keadaan serba salah kerana perhubungan sulitnya dengan Batsyeba (fasal 11–12).

Bagi Kepada Orang Lain

Salah satu babak kegemaran saya dalam sastera berlaku apabila seorang mak cik tegas berhadapan dengan seorang bapa tiri jahat kerana penderaan yang dilakukan ke atas anak buah mak cik itu, iaitu David Copperfield. Babak ini berlaku dalam novel Charles Dickens yang bertajuk sempena nama watak utama, David Copperfield.