Cabaran Remaja (Teen Challenge), merupakan satu pelayanan bagi remaja bermasalah. Ia bermula di bandar New York, melalui satu komitmen luar biasa untuk berdoa. Pengasasnya, David Wilkerson telah menjual set televisyennya dan menggantikan masa untuk menonton televisyen (selama dua jam setiap malam) dengan berdoa. Beberapa bulan kemudian, usaha baharu itu bukan sahaja jelas baginya, tetapi dia juga telah belajar tentang keseimbangan antara memuji Tuhan dan memohon pertolongan daripada-Nya.
Doa pentahbisan Rumah TUHAN yang dibina oleh Raja Salomo telah memperlihatkan keseimbangan ini. Salomo memulakan doa dengan menekankan kesucian dan kesetiaan Tuhan terlebih dahulu. Kemudian dia memuji Tuhan kerana pembinaan Rumah TUHAN telah berjaya, serta memuji kebesaran-Nya dengan berkata, “Bahkan seluruh langit pun tidak cukup luas bagi-Mu, apalagi Rumah yang telah aku bina!” (2 Tawarikh 6:18).
Setelah memuji dan meninggikan Tuhan, Salomo memohon kepada-Nya agar memberikan perhatian khusus ke atas segala yang berlaku di Rumah TUHAN. Dia memohon agar Tuhan menunjukkan rahmat dan belas kasihan-Nya terhadap bangsa Israel apabila mereka mengaku dosa mereka.
Selepas Raja Salomo berdoa, “api turun dari langit dan membakar korban-korban yang dipersembahkan, lalu cahaya hadirat TUHAN memenuhi Rumah TUHAN” (Tawarikh 7:1). Respons yang luar biasa ini memperingatkan kita bahawa, Yang Maha Agung yang kita puji dan berkata ketika berdoa, adalah juga Tuhan yang mendengar dan mengabulkan permohonan kita.
sebagaimana Tuhan melihat hal itu.