Oleh sebab terlalu sukar untuk mendapatkan air minum di beberapa tempat di dunia, maka sebuah organisasi yang dipanggil “Water Is Life” (Air Adalah Kehidupan) telah mencipta sumber yang mengagumkan, dikenali “Buku Yang Boleh Diminum.” Kertas yang terkandung dalam buku itu disaluti nanopartikel perak, yang boleh menapis hampir 99.9 peratus bakteria yang berbahaya! Setiap keping kertas boleh digunakan dan dipakai semula untuk menapis sehingga 100 liter air hanya dengan harga 17 sen sekeping.

Alkitab juga merupakan sebuah buku luar biasa yang “boleh diminum.” Dalam Yohanes 4, kita membaca tentang hal kedahagaan yang spesifik dan air yang istimewa. Wanita di tepi perigi itu memerlukan sesuatu yang lebih daripada sekadar dapat menghilangkan rasa dahaga fizikalnya dengan air yang bersih dan jernih. Dia teringin sekali untuk mengetahui sumber “air yang memberikan hidup.” Dia memerlukan anugerah dan pengampunan yang hanya boleh diberikan oleh Tuhan.

Firman Tuhan adalah Buku penting yang “boleh diminum”, yang menyatakan bahawa Anak Tuhan sebagai satu-satunya sumber “air yang memberikan hidup.” Orang yang menerima air yang diberikan oleh Yesus itu akan mengalami “mata air yang memancar di dalam dirinya, dan memberi dia hidup sejati dan kekal” (ayat 14).