Desert Solitaire merupakan sebuah buku autobiografi yang ditulis oleh Edward Abbey. Buku ini mengisahkan dia bekerja sebagai seorang renjer di taman yang kini digelar sebagai Taman Negara Arches di Utah, Amerika Syarikat semasa musim panas. Penggunaan bahasa dan penerangan Abbey tentang Barat Daya Amerika Syarikat adalah begitu menarik dan jelas, sehingga buku ini memang berbaloi untuk dibaca.
Walaupun Abbey seorang yang berbakat, dia adalah seorang ateis yang tidak melihat maksud yang jauh lebih mendalam di sebalik keindahan alam yang dinikmatinya. Sungguh menyedihkan! Dia cuma mengagungkan keindahan alam seumur hidupnya, tetapi dia terlepas akan kepentingan tentang semuanya.
Kebanyakan orang pada zaman purba mempunyai teori tentang asal-usul yang terselubung dalam legenda, mitos dan lagu. Namun kisah penciptaan bangsa Israel adalah unik: Ia menceritakan karya penciptaan Tuhan yang indah, sehingga kita boleh menikmati dan mengalami kesukacitaan seperti kanak-kanak. Ketika Tuhan menciptakan alam semesta, lalu berfirman untuk menjadikannya nyata, Dia melihat semuanya itu “indah.” (Perkataan Ibrani untuk “baik” juga bermaksud indah.) Selepas Tuhan menciptakan Firdaus, malah menciptakan kita dengan penuh kasih, serta memberitahu kita, “Nikmatilah semua ini!”
Sesetengah orang melihat dan menikmati keindahan dalam pemberian Sang Pencipta di sekeliling mereka, “tetapi mereka tidak menghormati Dia sebagai Allah. Mereka tidak bersyukur kepada-Nya. Sebaliknya mereka memikirkan perkara yang bukan-bukan.” Akibatnya, “fikiran mereka dipenuhi kegelapan” (Roma 1:21).
Sesetengah orang pula melihat keindahan, mengucapkan “Terima kasih, Tuhan,” dan melangkah ke dalam cahaya-Nya.