Sehingga Dia Memberikan ...
Kasih Yang Membawa Tindakan
Seorang perempuan bertanya kepada seorang lelaki, “Adakah anda mengasihi saya?” Lelaki yang amat tertawan itu menjawab, “Ya,…
Memilih Untuk Berubah
Ketika anak lelaki saya memiliki sebuah robot kecil, dia berasa seronok memprogramkan robot tersebut untuk melakukan tugas-tugas yang mudah. Dia dapat membuatnya bergerak ke hadapan, berhenti dan kemudian menjejak semula langkahnya. Malah dia juga boleh membuat benda itu mengeluarkan bunyi serta memainkan semula bunyi yang telah dirakam di dalamnya. Robot itu melakukan apa sahaja yang diarah oleh anak saya. Ia tidak pernah ketawa secara spontan atau mengubah haluan ke arah yang tidak dirancang. Ia tiada pilihan.
Anak-Nya Yang Tunggal ...
Hadiah Yang Terbaik
Bagaimanakah saya dapat tahu bahawa Tuhan benar-benar mengasihi saya? Yohanes memberitahu kita secara terus: “Karena begitu besar kasih…
Aku Menyertai Engkau
Semasa berkhidmat sebagai pelatih untuk sebuah penerbit majalah Kristian, saya pernah menulis satu cerita tentang seorang peribadi yang telah menjadi Kristian. Setelah mengalami perubahan yang dramatik, dia meninggalkan kehidupan lamanya dan mengikuti Tuannya yang baru: Yesus. Beberapa hari selepas majalah tersebut diedarkan, seseorang yang namanya tidak diketahui telah menelefon saya dan mengeluarkan kata-kata ancaman, “Awas kau, Darmani. Kami sedang memerhatikan kau! Kau tidak akan selamat di negara ini jika kau menulis cerita seumpama itu.”
Supaya Setiap Orang ...
Setiap Orang
Bukankah itu sesuatu perkara yang indah, untuk melihat setiap orang menyambut Hari Krismas, sama ada mereka orang Kristian atau…
Saudara-Saudaraku
Beberapa tahun yang lalu, ketika California Selatan mengalami kemelesetan ekonomi, Pastor Bob Johnson bukan sahaja melihat kesusahan, tetapi juga peluang dalam situasi tersebut. Jadi dia mengadakan satu mesyuarat bersama mayor di bandar tempat tinggalnya dan bertanya, “Apakah yang gereja kami dapat membantu?” Mayor tersebut berasa hairan. Biasanya orang akan datang kepada dia untuk meminta bantuan. Namun sekarang terdapat pula seluruh jemaah ingin menawarkan perkhidmatan mereka.